Pencarian Maklumat

Pencarian maklumat yang betul bermula dengan cara pencarian yang tepat

BPBH
Rajah 1: Carta Alir pencarian maklumat

Langkah 1 :Kenalpasti maklumat yang diperlukan

Kenal pasti pendekatan yang diminta
Contoh: Bincang? Ulasan? Perbandingan? Penerangan?
Subjek maklumat Contoh: internet marketing Sebagai satu sistem (subjek ICT) Alat untuk promosi (perniagaan)

Langkah 2 : Kenalpasti atau bina kata kunci

Kenal pasti kata kunci yang sesuai
Contoh:
"What is the behaviour of adolescents before and after playing violent video games?"
"Faktor penglibatan golongan muda dalam perniagaan kecil dan sederhana."

Bina kata kunci dan cari kata seperti (rujuk kamus, tesaurus, ensiklopedia).
Contoh:

BPBH
Rajah 2: Contoh kata kunci dari ayat

Langkah 3 :Kenalpasti Sumber

Sumber Pencarian maklumat terbahagi kepada tiga iaitu:
1.Premier

BPBH
Rajah 3: Bahan sumber primer

2. Sekunder

BPBH
Rajah 4: Bahan sumber sekunder

3. Tertiari

BPBH
Rajah 5: Bahan sumber tertiari

Langkah 4 : Memulakan Pencarian

Kaedah Pencarian Boolean

OPERATOR BOOLEAN

• Boolean operators dinamakan sempena nama penciptanya, George Boole, yang telah mencipta operator ini sebagai sebahagian dari sistem logik pada pertengahan 1800.
• Boolean operators terdiri daripada operator AND, OR, NOT and NEAR. () juga boleh diguna pakai
• Operator ini digunakan bagi menggabungkan sesuatu istilah pencarian Dalam matematik, operator ini digunakan untuk menghubungkan kenyataan logik.
• Kebanyakan pangkalan data dalam talian dan enjin pencarian Internet dapat menampung penggunaan operator ini.
• Operator ini membantu pencarian secara berkesan dan juga menapis pencarian dengan menggugurkan perkara-perkara yang tidak berkaitan.

AND
Operator AND digunakan di antara kata kunci bagi menghadkan/mengecilkan hasil pencarian

BPBH
Rajah 6: Pencarian menggunakan kata kunci "AND"

OR
Operator OR digunakan di antara kata kunci bagi meluaskan hasil pencarian.
Operator OR digunakan bagi memastikan kedua-dua kata kunci yang digunakan, termasuk dalam hasil pencarian.

BPBH
Rajah 7: Pencarian menggunakan kata kunci "OR"

NOT
Operator NOT digunakan bagi menghadkan hasil pencarian.Ianya akan menapis kata kunci yang tidak diperlukan.

BPBH
Rajah 8: Pencarian menggunakan kata kunci "NOT"

Kaedah Pencarian Frasa

Guna tanda petikan “ ” .
Tanda ini bagi mencari frasa atau istilah dalam susunan yang tepat dalam tanda petikan.
Membantu dalam pencarian bagi pencarian istilah, tempat atau nama orang.
Contoh: “Brad Pitt”, “islamic banking”, “Kuala Kangsar”.

Langkah 5 :Mengkaji Hasil Pencarian

Kaji sama ada hasil yang dicari sama seperti yang kita perlukan
Contoh:
Cari: Nautilus Pompilius di Google
Dari hasil pencarian kita boleh tapis maklumat yang kita perlukan

Langkah 6 : Menilai Kesahihan Maklumat

1.Pengarang-Selidik latar belakang pengarang, tahap pendidikan dan bidang yang diceburi.Pastikan pengarang tersebut mempunyai bidang yang berkaita dengan penulisan

2.Tarikh kemaskini laman sesawang / tarikh artikel di tulis-Untuk membuat rujukan, pastikan laman sesawang tersebut mempunyai tarikh yang tidak lebih dari sepuluh tahun. Contohnya, jika membuat penulisan pada tahun 2019, seeloknya cari laman sesawang yang mempunyai tarikh kemaskini dalam masa 10 tahun sebelum 2019.

3.Maklumat boleh ditentusahkan-Maklumat tersebut mempunyai perkaitan dengan penulisan yang hendak dilakukan.

4.Cara penulisan – formal / tidak formal
Sebaiknya pilih gaya penulisan formal sebagai bahan rujukan.

5.Bahasa yang digunakan

Disediakan Oleh

Tengku Aida Masrina Binti Tengku Mat
UITM Puncak Perdana